Friday 3 August 2012

3 julai 2012

Hari berbuka puasa di rumah mak mertua, banyak juga lauknya..sedap pul tu. Kiranya, di tengah2 ranmadhan baru dapat berbuka puasa di Jabi, besut terengganu. Dekat Jabi ni makanan apa yang 'famous', sudah tentu sate jabi.

Dekat pelbagai pilihan sate ada, ada sate jabi, sate kak mah dan lain2 jenama sate lagi. Satu langkah yang cukup menarik sekiranya, sate jabi dikomersialkan peringkat yang lebih luas seperti sate kajang.

Saiz sate jabi agak besar jugalah, puas kalau dimakan. Sebelum berbuka tadi aku sempat meninjau pasar ramadhan di bandar jerteh..panjang juga bazar tersebut, menyediakan pelbagai juadah makanan yang menarik, tetapi apa yang penting kenalah bersederhana, jangan berbelanja lebih sangat. Kalau berbelanja lebih sudah confirm membazir.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Perjalanan ke Jabi, Besut Terengganu.

Hari ni balik ke jabi, rumah mak mertua ana, dalam perjalanan singgah sebentar di masjid penarik sembahyang jumaat kjap. Lepas tu meneruskan perjalanan ke besut, hari ini nak cari " sup gear box"..rasanya ramai yang tahu apa itu sup gear box, nak tgk nanti saya upload.ok..



Thursday 2 August 2012

Qasidah makanan tradisional melayu.

Hari ini alhamdullilah rezeki murah, dapat 2 qasidah, satu kawan bg dan 1 lagi hamba allah bg, sykur alhamdullilah. Tengok sekali kuih ni nampak menarik, tapi tak tahulah bila dah makan nanti. Warnanya kekuningan sikit, pahtu letak bawang goreng dkat atas..bila lapar ni semua nampak sedap belaka.

Ini gambarnya qasidah...ohhh..qasidah, kenapa dipanggil qasidah? Takkan tak ada nama lain untuk kuih ni..


Salam Ramadhan..

Bila berbicara berkenaan dengan Ramadhan banyak persoalan yang berligar-ligar di benak hati ini, mungkin ini dapat membantu 

1. Apakah ada perbezaan pahala puasa Ramadhan antara 29 hari dan 30 hari?

    Kalau dilihat dari segi namanya iaitu puasa ramadhan, maka pahala yang dijanjikan adalah sama, tetapi bagi yang berpuasa selama 30 hari tentulah ada kelebihannya iaitudari segi bilangan sahur dan berbukanya, tarawihnya dan tentulah lebih juga dari segi fadilatnya.
    Rasulullah SAW berpuasa selama 9 tahun tidak yg genap (30 hari) kecuali 2 tahun sahaja mengikut qaul yang muktamad. mengikut pendapat Syeikh Ajhuri al maliki, 5 tahun baginda berpuasa genap dan 4 tahun hanya 29 hari. mengikut pendapat al haitami pula, Baginda hanya berpuasa genap setahun sahaj baki yang lainnya semua kurang, supaya tenang hati umatnya yang berpuasa selama 29 hari.

Dan pelbagai lagi persoalan, sekadar berkongsi. Semalam aku masak ketam masak pedas ala-ala singapore gitu, hari ni perut buat hal pulak.Adoiii, tahan jelah, masuk ni dah 2 kali sapu minyak, ehh!! silap 3 kali dah. Sambil2 dengar lagu aku berfikir, apa yang akan jadi di masa hadapan. Sesetengah org berkata jangan fikir sangat, "just face it", tapi aku tetap mahu berfikir.

Dengan keadaan politik sekarang yang nampaknya semakin stabil, keadaan ekonomi yang makin bagus. Menujukkan semua perkara yang dirancangkan berada dilandasan yang betul. Tetapi knapa masih ada lagi mereka yang tidak mensyukuri nikmat yang telah diberikan. Mungkin mereka iniingin bebas, bebas ke..."Just think about it"..

Hari ni tak tahu nakberbuka apa..tapi kalau tiada apa2, ingat nak balik Jabi nak buka puasa dengan mak mertua, insya allah.