Tuesday 1 November 2011

RELATIONSHIP.

KISAH HARI INI.

Melibatkan diri dalam bidang penulisan memerlukan satu pengalaman yang luas, jika hanya sekadar mengutarakan kata-kata tanpa memikirkan tentang isi kandungan sesuatu penulisan itu ia akan menjadi bosan dan tidak menarik. Apa yang hendak disampaikan disini adalah berkaitan dengan sebuah penulisan yang mengambarkan kepada sebuah kehidupan. Samaada ianya menarik atau pun tidak terpulang pada para pembaca yang menilainya. Tetapi apa yang diperlukan daripada pembaca adalah kebolehan untuk mengkaji mahupun menilai perkara yang ditulis itu terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan mengenainya.

Tak tahu nak tulis apa, tak tahu nak bincang pasal isu apa..senang-senang masuk menu je lah..
cara-cara untuk memasak UMAI IKAN ASLi.

1.  200 gm isi ikan bawal atau tenggiri.
2.  1 biji cili merah dihiris.
3.  1 biji cili hijau dihiris.
4.  2 biji cili padi dihiris halus.
5.  5 biji limau kasturi.
6.  1 biji bawang besar (bakong) dimayang.
7.  garam, gula dan perasa secukupnya.

Cara membuatnya.

Ikan dihiris nipis, selepas itu masukkan sedikit garam dan air limau. Perahkan ikan tersebut dengan air limau tadi supaya ikan tidak hanyir. kemudian masukkan cili merah, cili hijau, cili padi, hirisan bawang besar (bakong), halia, garam gula dan perasa. Hiaskan mengikut citarasa sendiri.

ok..boleh cuba.