Sunday 31 July 2011

THE HISTORY OF THE DECLINE AND FALL OF THE ROMAN EMPIRE..

Semalam aku balik kampung mak mertua di Jabi, Besut Terengganu Darul Iman. Sepanjang perjalanan aku banyak bersembang dengan isteriku, banyak perkara yang disembangkan dari perbelanjaan sampailah kepada "nak anak berapa"..

Dalam masa tu aku terfikir, pasal anak..berapa org aku nak? mampukah aku nak menanggung semuanya? pelbagai persoalan yang bermain di benak fikiran ini. Bila dikaji dengan keadaan sekarang, dengan kadar ekonomi yang makin mencabar, harga barang yang sentiasa naik, membuatkan kita mula terfikir apa akan jadi pada masa hadapan.
Kita tidak boleh meyalahkan Kerajaan diatas peningkatan harga barang ni..inilah yang dimaksudkan sebagai 'GLOBALISASI' atau dalam bahasa Inggeris 'Globalization'. Harga barang yang naik bergantung kepada harga pasaran sedunia. Tetapi perkara ini tidak menjejaskan impian aku untuk mempunyai anak yang ramai..insya allah, tercapai.

Sambil melihat ke kiri ke kanan, aku melihat banyak perubahan yang berlaku..dalam tempoh 32 tahun, pelbagai kemudahan dari segi infrastruktur dan infostruktur dapat dilihat, menampakkan kejayaan Kerajaan yang memerintah, inilah yang dinamakan keperihatinan kepada kehendak rakyat.
Tetapi, aku masih tidak faham kenapa mesti ada mereka yang tidak berpuas hati dengan keadaan sekarang, apa yang dimahukan? apa yang didamkan? jikalau nak bercakap perihal politik memang tak habis..jadi baik ambil pendekatan baca, dengar, lihat dan kaji.

Janganlah jadi seperti 'Roman Empire', dahulunya gah..tetapi disebabkan oleh kerakusan, ketamakan kuasa, empayar tesebut terus hancur ditelan zaman. Adakah kita tidak mengambil iktibar diatas perkara yang telah berlaku? Sejarah telah membukti, bahawa sesebuah negara itu hancur adalah disebabkan oleh kerakusan rakyatnya sendiri..

Berbahaslah pula..k..dah sampai rumah mak mertua ku, kalu ada perkara yang menarik akan aku uploadkan untuk tatapan semua..fikir-fikirkah dan selamat beramal.