Terowong di Bukit Besi, Dungun Terengganu |
Bangunan lama yang masih berdiri di Bukit Besi |
Bukit Besi dahulunya merupakan tempat perlombongan bijih besi dalam daerah Dungun.
Ia telah dilombong oleh syarikat dari Jepun sebelum 1939 lagi. Lombong
ini telah ditutup berikutan bijih besi di sini telah habis dilombong
oleh syarikat Jepun suatu ketika dahulu.Syarikat Jepun itu ialah Nippon Mining Company (Nippon Kogyo).
Jeneral Jepun tidak dapat mengawal buruh lombong khususnya pelombong
Cina. Ketika itu terdapat juga lombong manganese di Gual perio dan
Temangan di Kelantan. Pengeluaran bijih besi berjumlah 1962,000 tan pada
1940. Semasa penjajahan Jepun, operasi lombong ini masih berjalan. Ia
dipantau oleh seorang perisik Jepun bernama Kosaki Ishigai.
Maklumat-maklumat rahsia tentang potensi ekonomi yang diberikan inilah
maka Jepun menyerang Tanah Melayu melalui pantai timur Semenanjung Malaysia.
Dahulunya terdapat jajaran landasan keretapi dari Bukit Besi ke Jeti Sura,
Dungun untuk membolehkan syarikat Jepun mengangkut bijih besi untuk
dieksport. Syarikat mengeksport bijih timah ke Jepun melalui Sura, Kuala Dungun, Terengganu.Pengurusan dan penyelenggaraan landasan kereta api menelan kos yang
tinggi kerana curahan hujan yang lebat, banjir semasa musim tengkujuh di
Terenganu.
Di Bukit Besi terdapat landasan kereta api untuk mengangkut keluar
bijih besi. Inilah keunikan Bukit Besi kerana Terengganu sendiri tidak
punya landasan kereta api. Ketika itu Terengganu diperintah oleh Sultan
Zainal Abidin. Baginda lebih dikenali sebagai Marhum Haji. Tiga pekerja dari South Manchurian Railway telah dibawa masuk untuk
membina landasan kereta api di kawasan lombong bijih timah ini. Ia
dikendalikan oleh Genichiro Watanabe.
Pada 1924, perisik Jepun bernama Kosaki Ishigai telah mempunyai tanah di Terengganu. Dia bekerja dengan Nippon Yusen Kaisha di San Francisco dan datang ke Singapura pada 1918. Kemudian menjadi setiausaha kepada pengarah Muzium Perdagangan Jepun.
Laporan pemetaan Geologi Bukit Besi Syit 49, Terengganu (1975)
menunjukkan Bukit Besi mengandungi selangkapis 'argillaceous' dan
'arenaceous'. Ia terdiri daripada sabak, serpih, fikit dan argilit.
Kajian ini termasuk Hutan Simpan Jerangau, Terengganu pada 1975 oleh
Jabatan Geologi Malaysia.
0 comments:
Post a Comment