Thursday, 29 March 2012

Seminar : pembangunan sumber manusia: isu dan cabaran

Asas pembangunan kakitangan, latihan dan pembangunan. Realitinya tiada bukti keberkesanan, tidak diberi keutamaan, dianggap sebagai perbelanjaan yang tidak pasti. Kakitangan masih menjadi aset utama organisasi.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, 4 March 2012

Membeli di pasar satok, kuching sarawak

Pasar satok, menawarkan harga yang berpatutan, tapi kena pandai tawarlah. Cthnya, ikan masin terubuk kalu ditawarkan dengan cara yang betul boleh dapat kadar harga yang cukup murah seekor RM25 tawar dapat RM 15 seekor ikan besar.


Kuching, menawarkan pengalaman pelancongan yang menarik. Banyak terdapat tempat2 menarik yang boleh dikunjungi.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, 2 March 2012

Sukan SUK kali ke 4 di Kuching, Sarawak.

Sukan SUK kali ke 4, diadakan di Kuching, Sarawak bermula dari 1 mac sehingga 5 mac 2012, antara acara yang dipertandingkan terdiri daripada bowling, bola sepak, bola jaring, ping pong dan juga badminton.


Setakat 2 mac 2012, pasukan SUK Terengganu, terus cemerlang dengan melangkah ke peringkat seterusnya. Untuk bola sepak SUK Terengganu akan bertemu dengan pasukan SUK Pulau Pinang, bola jaring SUK Terengganu akan bertemu dengan SUK Selangor di peringkat suku akhir, ping pong ke peringkat separuh akhir, dan bowling wanita mendapat naib johan.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, 26 February 2012

Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Terengganu.

Majlis penyerahan bendera, kontinjen Negeri Terengganu, sempena sukan SUK semalaysia kali ke 4 yang bakal diadakan di Kuching, Sarawak. Perasmian direalisasikan oleh YB. Dato' Haji Mazlan Bin Ngah, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu.


Amanat yang disampaikan, perlulah kita mengawal emosi dalam bertanding, memupuk semangat kerjasama antara ahli pasukan, merancang strategi dengan lebih berkesan dan berjuang dengan bersungguh2. Sukan merupakan satu landasan yang bertujuan untuk memupuk dan membina insan yang sihat.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, 1 November 2011

RELATIONSHIP.

KISAH HARI INI.

Melibatkan diri dalam bidang penulisan memerlukan satu pengalaman yang luas, jika hanya sekadar mengutarakan kata-kata tanpa memikirkan tentang isi kandungan sesuatu penulisan itu ia akan menjadi bosan dan tidak menarik. Apa yang hendak disampaikan disini adalah berkaitan dengan sebuah penulisan yang mengambarkan kepada sebuah kehidupan. Samaada ianya menarik atau pun tidak terpulang pada para pembaca yang menilainya. Tetapi apa yang diperlukan daripada pembaca adalah kebolehan untuk mengkaji mahupun menilai perkara yang ditulis itu terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan mengenainya.

Tak tahu nak tulis apa, tak tahu nak bincang pasal isu apa..senang-senang masuk menu je lah..
cara-cara untuk memasak UMAI IKAN ASLi.

1.  200 gm isi ikan bawal atau tenggiri.
2.  1 biji cili merah dihiris.
3.  1 biji cili hijau dihiris.
4.  2 biji cili padi dihiris halus.
5.  5 biji limau kasturi.
6.  1 biji bawang besar (bakong) dimayang.
7.  garam, gula dan perasa secukupnya.

Cara membuatnya.

Ikan dihiris nipis, selepas itu masukkan sedikit garam dan air limau. Perahkan ikan tersebut dengan air limau tadi supaya ikan tidak hanyir. kemudian masukkan cili merah, cili hijau, cili padi, hirisan bawang besar (bakong), halia, garam gula dan perasa. Hiaskan mengikut citarasa sendiri.

ok..boleh cuba.

 

 

Monday, 26 September 2011

GAMBAR LAMA-LAMA DENGAN KAWAN_KAWAN

Gambar kenangan semasa zaman di Universiti Teknologi Mara, pelbagai kenangan pahit dan manis yang telah menjadi pengalaman paling berharga, kepada rakan-rakan semua izinkan gambar tuan hamba semua dimasukkan kedalam blog ini..lepas ini akan banyak lagi yang akan menyusul..

Termenung panjang..sebab exam dah dekat..Faisal Nazrin.

To my right IVAN n' my left JAMES..where are they now?

Guess..RADHI OAG..n' Ilya..

Disebabkan oleh FUTSAL...tu leh..MOHD FAREZ

  
MOOT COURT...Farez, Fazril, Me, Haza N' Faizal..